Risau meninggal dunia dahulu, ibu bapa harap Perkampungan Autisme Pintar (SAVe) segera jadi realiti
adminnaacuitm2024-04-23T05:14:09+00:00KES 1: Sebuah keluarga yang menatang anak autistik sepanjang hayat tiba-tiba berdepan situasi sukar lagi pilu apabila kedua ibu bapa meninggal dunia akibat kemalangan. Siapa akan menguruskan anak istimewa itu? KES 2: Anak autistik yang dibelai dengan penuh kasih sayang hingga dewasa oleh ibu bapanya serta saudara kandung ditakdirkan panjang umurnya. Namun apa yang menggusarkan apabila saudara kandung perlu menguruskan hal masing-masing, manakala bapanya yang kurang sihat terpaksa pula menjaga ibu yang diserang angin ahmar. Bagaimana nasib si anak syurga itu? KES 3: Istimewanya anak autistik ini kerana hanya mahu dijaga oleh kedua ibu bapanya sahaja dan dia adalah anak tunggal. [...]