EcoRun for Inclusion 2024: Pupuk Kelestarian dan Penerimaan Terhadap Autisme
adminnaacuitm2025-02-03T03:30:33+00:00Alam, 7 Disember 2024 – EcoRun for Inclusion 2024 berjaya menjadi platform penting bagi memupuk kesedaran masyarakat dalam usaha kelestarian alam sekitar dan penerimaan terhadap individu autisme. Program usaha sama antara National Autism Resource Centre (NARC), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), The National Autism Society of Malaysia (NASOM) dan Dow Malaysia telah berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, yang menyatakan bahawa ia merupakan bukti bagaimana kerjasama antara masyarakat, institusi pendidikan, dan industri mampu menjana impak positif yang besar. Program ini [...]