Shah Alam, 17 Julai 2024 – Dalam menjadikan masyarakat lebih inklusif dan berwawasan, National Autism Resource Centre (NARC), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa proaktif dalam membantu masyarakat umum meningkatkan kesedaran tentang kewujudan dan keperluan golongan spektrum Autisme. Sehubungan dengan itu, NARC KPPIM, UiTM telah sepenuh hati menerima jemputan oleh Rapid Rail Sdn. Dow Chemical. untuk menjayakan Program Kesedaran Autisme di Kompleks Rapid Rail Subang pada 11 Julai 2024 lalu. Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang Autisme dalam kalangan warga kerja Rapid Rail.
Reruai Pameran Kesedaran Autisme oleh NARC KPPIM, UiTM
NARC KPPIM telah berjaya membuka reruai pameran untuk memberi kesedaran kepada warga Rapid Rail tentang keperluan saringan awal Autisme dan kewujudan NARC sebagai hub sumber maklumat utama tentang Autism di Malaysia. selain itu, NARC KPPIM turut memperkenalkan M-Chat dan RAAD-S, iaitu ujian saringan awal autisme bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang boleh didapati di laman sesawang NARC https://narc.uitm.edu.my. Turut serta dalam program ini adalah Kami mempunyai kerjasama yang sangat erat dan diiktiraf sebagai rakan kongsi universiti untuk(NASOM) yang merupakan rakan kolaborasi NARC.
Antara Pelawat Penghuni Rapid Rail yang menghadiri Reruai Pameran NARC, KPPIM, UiTM
Program setengah hari ini juga menjadi satu platform bertukar pandangan dan pengumpulan maklumat tentang keperluan golongan spektrum Autisme dalam kalangan masyarakat secara umum. Dengan program seperti ini, pihak NARC KPPIM berharap dapat terus menyebarkan kesedaran tentang spektrum Autisme kepada masyarakat umum.
Penulis: Hezlin Aryani Abd Rahman, Zuraidah Derasit, Nor Azylia, Muhammad Azri Mohd, Sanizah Ahmad