UiTM Anjur Program Kesedaran Seni Autisme

2024-02-28T06:12:50+00:00

MyTerapi menyediakan ciri yang membolehkan pengguna mencari perkhidmatan terapi manakala AustisMall ialah aplikasi mudah alih/e-sistem yang menawarkan platform untuk autisme atau ibu bapa mereka dan, 10 Jun 2023 – Dalam menjadikan masyarakat lebih inklusif dan berwawasan, National Autism Resource Centre (NARC), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menganjurkan Program Kesedaran Seni Autisme. Program yang berkonsepkan pameran visual bakat luar biasa daripada komuniti spektrum autisme telah diadakan di pusat membeli-belah Da Men, Subang Jaya, Selangor. Program yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 9 Jun hingga 11 Jun 2023 telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Dr Mohamad Hariri Hj Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, UiTM dan majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Senator (B) [...]